Korea Selatan Sedia Dana Sebanyak KRW940 Juta Untuk Mengkomersialkan Internet 10GB Comments Off on Korea Selatan Sedia Dana Sebanyak KRW940 Juta Untuk Mengkomersialkan Internet 10GB

Telco tempatan di Korea Selatan seperti KT, LG Uplus, dan juga SK Broadband dikatakan merancang untuk mula memperkenalkan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi 10Gbps seawal bulan Mei tahun ini di negara tersebut. Sungguhpun begitu, setakat ini telco KT yang merupakan peneraju dalam talian tetap di negara itu hanya memiliki infrastruktur Internet 10GB yang agak terhad di Seoul dan Pyeongchang sejak tahun 2016 yang lalu.

Sukan Olimpik 2018 yang berlangsung di Pyeongchang merupakan sukan Olimpik pertama menyokong rangkaian 5G dengan kelajuan Internet tinggi.

Menyedari akan perkara itu, Kementerian Sains dan ICT di negara itu dilihat telah mengeluarkan perintah awam untuk projek mengkomersialkan perkhidmatan Internet 10GB di Korea Selatan. Pihak kementerian akan memilih sehingga dua konsortium untuk melaksanakan projek tersebut dengan pemberian dana sebanyak KRW940 juta atau bersamaan dengan RM3.4 juta.

Korea Selatan merupakan negara dengan sokongan perkhidmatan Internet paling laju di dunia buat masa ini.

Dengan adanya sokongan perkhidmatan Internet 10GB ini, ia mampu menjadi landasan kukuh untuk perkhidmatan berasaskan trafik tinggi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti maya (VR), penyiaran, dan juga perkhidmatan rangkaian 5G di negara itu.

Menurut menteri di kementerian itu lagi, sasaran mereka adalah untuk menawarkan Internet 10GB dengan liputan kawasan mencecah sehingga 50% menjelang tahun 2020 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend