Konsol Pertama Di Dunia Melepasi Jualan 100 Juta Unit, PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-25 Comments Off on Konsol Pertama Di Dunia Melepasi Jualan 100 Juta Unit, PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-25

Pada 3 Dis 1994, 25 tahun yang lalu – PlayStation telah membuat kemunculan global pertamanya di Jepun. Bermula dari sebuah syarikat kecil di bawah Sony, Ken Kutaragi dan pasukannya telah menyampaikan visi untuk meningkatkan permainan video sebagai salah satu bentuk hiburan yang semua orang dapat nikmati. Visi itu juga dilihat dapat dijadikan platform untuk para pemaju menyatakan kreativiti mereka dalam permainan.

Sebanyak 100,000 unit PlayStation pertama telah terjual di Jepun pada hari pertama penjualannya. Tidak lama selepas itu, PlayStation menjadi konsol pertama di dunia yang paling banyak terjual iaitu melebihi 100 juta unit seantero dunia.

“Kami menyelami komuniti permainan kerana PlayStation menawarkan pengalaman melebihi apa yang anda boleh bayangkan, walaupun ia sebuah konsol di rumah. Sejak mula lagi, kami mengalu-ngalukan pemaju dengan menyediakan mereka alat dan teknologi untuk mencipta permainan yang indah, luas, dan bereksperimen dengan idea-idea baharu. Pendekatan ini sekaligus membawa kepada kepelbagaian permainan oleh PlayStation, suatu ciri khas untuk jenama kami merentasi pelbagai generasi platform perkakasan.

“Sepanjang 25 tahun yang lalu, PlayStation telah berdiri di barisan hadapan permainan, dan saya merasa terhormat kerana telah menjadi sebahagian daripada pasukan sejak dari hari pertama lagi. Semasa saya membantu menubuhkan perniagaan di Eropah, saya masih ingat lagi pada hari pertama banyak perkara yang perlu dibuat, termasuklah mengupah pekerja untuk memesan perabot.

Ketika itu, kami memberi tumpuan kepada keperluan pasaran tempatan untuk memastikan pemain di Poland dapat bermain dalam komuniti PlayStation sama seperti orang di UK, Jepun, atau AS. Disokong oleh peminat dari seluruh dunia yang senantiasa bersemangat, perniagaan kami telah meningkat naik namun fokus kami kepada komuniti tidak akan berkurang dari sebelum ini.” – Jim Ryan Presiden dan CEO, SIE

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend