Konsert INDIEVAGANZA Di Festival Putrajaya LIFT 2019 Tampilkan Penghibur Dan Band Rock Indie Terbaik Malaysia Comments Off on Konsert INDIEVAGANZA Di Festival Putrajaya LIFT 2019 Tampilkan Penghibur Dan Band Rock Indie Terbaik Malaysia

Penghujung bulan November yang lepas kami telahpun berkongsi bahawa Kementerian Kewangan Malaysia bakal menganjurkan Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 dalam matlamat untuk memperkasakan celik kewangan yang bakal diadakan di Presint 2, Putrajaya pada 28 dan 29 Disember (Sabtu dan Ahad) ini.

Selain pelbagai aktiviti seperti ‘Future Pods’, ‘The Market’ dan ‘The Fringe’, sebuah konsert percuma yang dinamakan ‘INDIEVAGANZA’ akan menjadi tarikan utama khususnya untuk peminat muzik rock dan indie. Menjadi platform kepada kugiran serta artis-artis popular tempatan, ia akan menampilkan sembilan penghibur dan band rock indie seperti berikut:

  • Ella
  • Aizat Amdan
  • Noh Salleh
  • Oh Chentaku
  • Gerhana Skacinta
  • Kyoto Protocol
  • Pastel Lite
  • The Times
  • Toko Kilat

This slideshow requires JavaScript.

Festival Putrajaya LIFT 2019 dan konsert INDIEVAGANZA terbuka kepada orang ramai dan kemasukan adalah percuma. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.putrajayalift.com, atau Facebook rasmi Putrajaya LIFT Festival.

Baca juga:

Festival Putrajaya LIFT 2019 Bakal Berlangsung 28 Hingga 29 Disember – Festival Celik Kewangan Anjuran MOF

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend