Komputer Riba Huawei MateBook X Pro Hadir Dengan Kamera Tersembunyi 0 137

Huawei bukanlah satu jenama asing dalam arena pembuatan telefon pintar, tetapi kini Huawei dilihat turut memfokuskan kepada penghasilan komputer riba. Sebenarnya ia bukanlah berita baharu kerana pada tahun lepas Huawei telahpun tampil dengan komputer riba yang sering dibandingkan dengan Apple MacBook melalui kemunculan model MateBook X.

Bersempena acara MWC 2018 yang sedang berlangsung, Huawei sekali lagi telah menampilkan kemunculan komputer riba baharunya yang telah dipertingkatkan rekaan dan juga spesifikasinya dengan model Huawei MateBook X Pro.

Paparan FullView pada MateBook X Pro mendominasi 91% daripada panel skrin.

Dengan sokongan paparan skrin berukuran 13.9 inci, MateBook X Pro membawakan rekaan paparan skrin FullView yang mendominasi hampir 91% nisbah skrin-ke-kerangka komputer riba ini. Selain itu. ia turut menyokong resolusi skrin 3K (3000 x 2000 piksel), keupayaan skrin sentuh sehingga 10 poin, gamut warna 100% sRGB, tahap keterangan 450 nits, dan juga nisbah kontras 1500:1.

Kamera beresolusi 1 Megapiksel ini tampil dengan inovasi rekaan yang pintar.

Berikutan saiz bezel yang sangat nipis iaitu berukuran hanya 4.4mm, Huawei telah berjaya memperkenalkan rekaan pintar dengan menyembunyikan kamera MateBook X Pro ini pada butang kekunci F5. Untuk menggunakan kamera tersembunyi tersebut, pengguna hanya perlu menekan butang dedikasi kamera yang tersedia pada papan kekunci. Inovasi rekaan sebegini secara tidak langsung turut memastikan privasi yang lebih baik kerana kamera hanya boleh diakses atau dibuka apabila diperlukan oleh pengguna sahaja.

Sisi kiri menempatkan dua port USB-C.
Sisi kanan pula menempatkan satu port USB-A.
Spesifikasi Huawei MateBook X Pro:
  • Windows 10 Home (RS3)
  • Intel Core i7-8550U / i5-8250U
  • NVIDIA GeForce MX150 GDDR5 / Intel UHD Graphics 620
  • 8GB / 16GB LPDDR3
  • 256 GB / 512 GB NVMe PCIe SSD
  • 304 x 217 x 14.6mm / 1.33kg
  • 13.9 LTPS, 3000 x 2000 piksel (skrin sentuh 10 poin)
  • Kamera 1 Megapiksel
  • Pengimbas cap jari diintegrasikan pada butang kuasa
  • Port : 3.5mm audio jack, 1x USB-A, 2x USB-C
  • Lithium Polymer 57.4 Wh
  • Mystic Silver, Space Grey
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend