KKM Bekerjasama Dengan Syarikat Swasta Untuk Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah Comments Off on KKM Bekerjasama Dengan Syarikat Swasta Untuk Pengambilan Sampel COVID-19 Di Rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengumumkan kerjasamanya dengan pihak swasta dalam usaha menawarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah.

Melalui kerjasama ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta yang berkenaan. Perkhidmatan ini boleh didapati oleh pihak swasta seperti berikut:

  1. Bookdoc
  2. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  3. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  4. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  5. Gleneagles Kuala Lumpur
  6. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  7. Pantai Hospital Cheras
  8. Pantai Hospital Klang
  9. Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
  10. Twin Tower Medical Centre, KLCC
  11. DoctorOnCall

Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut. Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

KKM juga menasihatkan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya bergejala, elakkan daripada mengunjungi ke tempat-tempat awam. Dua kaedah mudah ini telah terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti.

sumber: Twitter/KKM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend