Kirin 985 Dipercayai Sedang Dibangunkan Dan Adakah Ia Akan Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti?! Comments Off on Kirin 985 Dipercayai Sedang Dibangunkan Dan Adakah Ia Akan Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti?!

Sebagaimana yang kita ketahui, Huawei merupakan antara pembangun pemproses terawal yang tampil dengan sokongan cip 7nm pada Kirin 980. Buat masa ini ia boleh dianggap antara pemproses terbaik yang boleh anda miliki di pasaran, memandangkan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 yang juga menyokong cip 7nm masih belum berada di pasaran.

Apa yang menariknya, Mishaal Rahman yang merupakan seorang editor di XDA Forum baru-baru ini telah berkongsi satu tweet yang mendedahkan bahawa Huawei mungkin akan hadir dengan pemproses terbaharunya iaitu HiSilicon Kirin 985. Walau bagaimanapun dia tidak pula berkongsi maklumat lebih terperinci tentang pemproses 7nm itu.

Jika dilihat semula pada trend pemproses Kirin sebelum ini, penambahan nombor ‘5’ pada versi sedia ada itu bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah diperkenalkan untuk siri Kirin 900 iaitu Kirin 930/935 serta Kirin 950/955, dan juga siri Kirin 600 dengan Kirin 600/655/658/659.

Jadi pada pendapat kami, berkemungkinan Kirin 985 ini masih mengekalkan konfigurasi cip 7nm sama seperti Kirin 980 pada siri Mate 20, tetapi frekuensi CPU dan GPU sudah tentunya akan dipertingkatkan berbanding sebelum ini. Tidak mustahil juga sekiranya pemproses Kirin 985 ini akan diperkenalkan serentak dengan pelancaran siri Huawei P30 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend