Kirin 820 5G Dengan 7nm Cortex-A76 Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 765G Comments Off on Kirin 820 5G Dengan 7nm Cortex-A76 Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 765G

HUAWEI sebelum ini telahpun memperkenalkan telefon pintar pertamanya dengan sokongan Kirin 810, dan ia boleh dianggap antara telefon pintar kelas pertengahan yang menawarkan prestasi terbaik di pasaran.

Terbaharu, HUAWEI dilihat sudah mula menguji cipset kelas terbaharunya iaitu Kirin 820 yang dilaporkan akan dikuasakan dengan cipset 7nm menggunakan teras Cortex-A76, dan juga GPU Mali-G77 yang 140% lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Mali-G76 pada Kirin 990.

Ternyata sokongan spesifikasi pada Kirin 820 terbukti jauh lebih berkuasa apabila ujian Geekbench yang dijalankan oleh cipset ini telah tertiris. Bahkan ia juga dilihat berjaya mengatasi skor yang dicatatkan oleh cipset Snapdragon 765G.

Selain ujian Geekbench, peniris popular @xiaomishka baru-baru ini turut mendedahkan keputusan skor ujian AnTuTu yang diperolehi oleh HONOR 30S yang menggunakan nombor model CDY-AN90. Berdasarkan ujian yang dijalankan, Kirin 820 berjaya mengatasi skor AnTuTu oleh cipset Snapdragon 765G.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend