
Kesesakan lalu lintas yang berlaku di lebuh raya Besraya, Serdang merupakan perkara normal kerana jalan ini kerap berlaku kemalangan. Tetapi kesesakan pada pagi ini agak aneh apabila dilaporkan lebih kurang 20 kenderaan telah tersadai di tepi dan di tengah jalan.
Laporan awal memaklumkan kenderaan-kenderaan ini terhenti secara tiba-tiba selepas mengisi minyak di stesen Petronas Solaris, Serdang. Pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB) juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan masalah ini dan mereka sedang melakukan siasatan yang lebih terperinci.
In reference to the incident at PETRONAS Station Solaris Besraya this morning. We take this matter seriously and sincerely apologise to all our customers for the inconveniences this have caused. pic.twitter.com/7inoyyVpMx
— PETRONAS Brands (@Petronasbrands) December 28, 2018
Oleh kerana itu, stesen Petronas berkenaan telah ditutup buat sementara waktu dan pemilik kenderaan yang terkesan juga telah dihubungi untuk pemberian pampasan.
Buat masa ini, khabar yang diterima pula memberitahu petrol yang dijual telah bercampur dengan air, malah ada juga yang mendakwa ia telah bercampur dengan diesel.
kejadian kereta isi minyak petrol rupanya diesel, lokasi di Petronas Solaris Serdang. lebuhraya BESRAYA. Punca Video: Whatsapp Group pic.twitter.com/cql77leidC
— Mohd Shazlan B Sh Md (@Md_Shazlan) December 28, 2018