Kini Anda Boleh Memindahkan Pustaka Google Play Music Ke YouTube Music Comments Off on Kini Anda Boleh Memindahkan Pustaka Google Play Music Ke YouTube Music

Google Play Music akan ditamatkan perkhidmatannya pada tahun ini dan bagi memastikan pengguna boleh terus menstrim lagu, Google telah memperkenalkan fungsi Transfer. Dengan satu klik, pengguna boleh memindahkan semua senarai lagu yang disimpan terus ke YouTube Music.

Migrasi data ini termasuklah lagu yang pernah dibeli, album, senarai langganan, dan stesen radio. Seterusnya di YouTube Music, aplikasi akan mencadangkan muzik yang mungkin disukai pengguna mengikut kepada sejarah yang ada pada Play Music.

Selain itu, jika anda pernah melanggan perkhidmatan Play Music, langganan tersebut akan ditukar ke YouTube Premium mengikut peringkat langganan secara automatik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend