Kini Anda Boleh Guna Touch n’ Go eWallet Untuk Bayar Parkir Kereta Di Kawasan DBKL Comments Off on Kini Anda Boleh Guna Touch n’ Go eWallet Untuk Bayar Parkir Kereta Di Kawasan DBKL 369

Kehadiran sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan dompet digital semakin hari semakin memudahkan pengguna. Ini juga termasuklah Touch n’ Go eWallet yang kini menawarkan kemudahan bayar parkir kereta terus melalui aplikasi.

Pengguna Touch n’ Go eWallet kini boleh menikmati kemudahan terbaru terus dari telefon pintar tanpa perlu beratur di mesin parkir DBKL. Kaedah pembayaran terbaru ini juga sekaligus dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengguna.

Cara-cara pembayaran:

    • Buka aplikasi Touch n’ Go eWallet di telefon pintar.
    • Tap pada ikon ‘parkir’ di menu utama.
    • Pilih lokasi parkir.
    • Masukkan nombor pendaftaran dan jenis kenderaan.
    • Tetapkan durasi parkir dan bayar.

Buat masa ini, perkhidmatan pembayaran parkir menggunakan Touch n’ Go eWallet hanya tersedia untuk parkir DBKL. Menurut Touch n’ Go, ia akan diperluaskan ke daerah lain seperti di parkir Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), dan Perbadanan Putrajaya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend