Kini Anda Boleh Berkongsi WhatsApp Status Ke Facebook Story Dengan Mudah Comments Off on Kini Anda Boleh Berkongsi WhatsApp Status Ke Facebook Story Dengan Mudah 187

Mulai Jun lalu, WhatsApp telah menguji ciri terbaru yang mana ia membolehkan pengguna berkongsi WhatsApp Status ke Facebook Story. Setelah beberapa bulan menjalani ujian, ciri itu nampaknya berjalan dengan lancar dan kini ia telah mula ditawarkan kepada semua pengguna.

WhatsApp masih belum membuat sebarang pengumuman ketika ini tetapi setelah menyemaknya, ternyata ciri itu telah mula kelihatan di peranti kami. Pengguna boleh tap pada “Share to Facebook Story” selepas perkongsian dimuat naik di WhatsApp Status. Sekiranya pengguna ingin meneruskan, mereka boleh tap pada ikon “Share” di sebelah kanan.

Melalui ciri ini, ia membolehkan anda berkongsi status di dua platfom dengan mudah dan yang paling penting dapat menjimatkan masa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend