Kilang Terakhir Samsung Di China Hasilkan Telefon Pintar Kini Ditutup Sepenuhnya Comments Off on Kilang Terakhir Samsung Di China Hasilkan Telefon Pintar Kini Ditutup Sepenuhnya

Laporan terkini dari Reuters telah memaklumkan bahawa Samsung telah menutup sepenuhnya kilang mereka di Huizhou iaitu kilang terakhir mereka di China. Salah satu sebab syarikat Korea Selatan ini menghentikan operasi di sana adalah kerana bahagian pasaran telah jatuh kepada 1%.

Pengeluaran telefon pintar di kilang tersebut telahpun dihentikan sejak beberapa bulan lalu. Ia disebabkan permintaan peranti Samsung di China telah merudum kerana penduduk di sana lebih berminat untuk menggunakan jenama dari negara mereka sendiri.

Kilang pengeluaran telefon pintar Huizhou, China

Difahamkan, peralatan-peralatan di kilang tersebut akan dipindahkan ke kilang-kilang Samsung lain di seluruh dunia. Samsung kini meluaskan pengaruh mereka di India dan Vietnam dengan membuka kilang-kilang baru di sana memandangkan kos buruh di sana masih lagi rendah.

Pada tahun 2017, Samsung telah mengeluarkan 64 juta unit telefon pintar dari kilang Huizhou iaitu hampir 20% daripada keseluruhan pengeluaran telefon pintar Samsung dari seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend