Keupayaan Kamera Samsung Galaxy S10+ Setanding Dengan Huawei Mate 20 Pro Dan P20 Pro – DxOMark Comments Off on Keupayaan Kamera Samsung Galaxy S10+ Setanding Dengan Huawei Mate 20 Pro Dan P20 Pro – DxOMark 663

Setelah sekian lama Huawei P20 Pro dilihat telah mendominasi carta penanda aras untuk kamera telefon pintar yang dikeluarkan oleh DxOMark, tempat pertama itu telah dikongsi dengan Huawei Mate 20 Pro pada Januari 2018 yang lalu.

Tempat teratas yang sebelum ini telah dikuasai oleh jenama Huawei akhirnya telah berjaya dipecahkan dominasi itu dengan kemunculan model terbaru iaitu Samsung Galaxy S10+. Catatan skor sebanyak 109, telah meletakkan Samsung Galaxy S10+ di tangga teratas dan sekaligus berkongsi kedudukan dengan Huawei Mate 20 Pro dan juga P20 Pro.

Skor yang diperolehi oleh Samsung Galaxy S10+ untuk kamera utama dan depan telah meletakkannya sebagai yang terbaik pernah diuji oleh DxOMark setakat ini.

Walaupun memiliki skor yang sama untuk kamera utama, Samsung Galaxy S10+ ternyata menjanjikan kualiti swafoto yang jauh lebih baik berbanding kesemua model yang telah diuji dengan mencatatkan skor sebanyak 96. Skor ini dilihat lebih tinggi berbanding Google Pixel 3 dan Samsung Galaxy Note 9 yang berkongsi kedudukan di tempat kedua dengan skor 92.

Sebagai rujukan, Samsung Galaxy S10+ menyokong konfigurasi tiga kamera beresolusi 12MP OIS (f/1.5-f/2.4) + 12MP OIS, 2x zum optikal (f/2.4) + 16MP Ultra Wide (f/2.2). Manakala untuk swafoto pula ia dilengkapi dengan dwi kamera depan beresolusi 10MP (f/1.9) / 10MP (f/1.9) + 8MP (f/2.2).

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10+ Dilancarkan Dengan Tiga Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Ultrasonik

Huawei Mate 20 Pro Mencatatkan Skor 109 Dalam Ujian Prestasi Kamera DxOMark

Xiaomi Mi 9 Kini Menduduki Tangga Ketiga Dalam Carta DxOMark Dengan 107 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend