Ketirisan Video Xiaomi Mi MIX 3 Memperlihatkan Rekaan Kamera Gelongsor Manual Comments Off on Ketirisan Video Xiaomi Mi MIX 3 Memperlihatkan Rekaan Kamera Gelongsor Manual

Dalam artikel kami sebelum ini, Honor Magic 2 telah disahkan akan hadir dengan rekaan kamera seperti OPPO Find X yang perlu digelongsor secara manual. Nampaknya Xiaomi juga bakal menggunakan konsep rekaan yang sama dengan ketirisan video Xiaomi Mi MIX 3 memperlihatkan rekaan kamera gelongsor manual.

Xiaomi Mi MIX 3 juga sebelum ini telah disahkan menyokong rangkaian 5G.

Melalui perkongsian video yang telah diperolehi dari platform media sosial popular di China iaitu Weibo, kamera hadapan yang disokong oleh Xiaomi Mi MIX 3 akan hanya boleh diakses dengan menolak kerangka belakang peranti tersebut ke atas. Rekaan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini rekaan yang sama telah diperkenalkan pada Nokia N95 bagi menempatkan butang kawalan muzik.

Sungguhpun begitu berdasarkan daripada video tersebut, Xiaomi Mi MIX 3 yang digunakan mungkin merupakan unit prototaip memandangkan terdapat simbol atau kod ‘XXX’ di bahagian bawah lubang earpiece. Sebagai rujukan, Xiaomi Mi MIX 3 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend