Ketirisan Video Nubia Z18S Memperlihatkan Sokongan Skrin Kedua Pada Panel Belakangnya Comments Off on Ketirisan Video Nubia Z18S Memperlihatkan Sokongan Skrin Kedua Pada Panel Belakangnya

Nubia yang merupakan sub-jenama ZTE sebelum ini baru sahaja melancarkan model terbaharunya dengan kehadiran model Nubia Z18 pada awal September yang lalu. Kini nampaknya Nubia bakal hadir dengan satu lagi varian baharu selepas satu video yang dipercayai model Nubia Z18S telah tertiris di Internet.

Panel skrin hadapan dan sisi kerangka

Berbeza dengan rekaan Nubia Z18 yang hadir dengan rekaan takuk kecil yang dikenali sebagai ‘Infinite Waterdrop’, paparan skrin Nubia Z18S tidak memiliki takuk kerana ia tidak lagi disediakan dengan kamera hadapan. Ini secara tidak langsung membolehkan rekaan panel hadapannya tampil dengan rekaan skrin penuh.

Panel skrin belakang

Ketiadaan kamera hadapan pada Nubia Z18S tidak menjadi isu kerana pengguna boleh mengambil gambar swafoto dengan bantuan paparan skrin kedua yang terdapat pada panel belakang peranti ini. Skrin tambahan ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai viewfinder ketika bergambar, tetapi ia juga boleh digunakan seperti biasa sama seperti paparan skrin hadapan.

Lebih menariknya Nubia Z18S juga didakwa menyokong sensor pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangkanya, mirip seperti yang digunakan oleh Sony Xperia sebelum ini. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumat rasmi berhubung spesifikasi penuh Nubia Z18S.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend