Ketirisan Video Huawei P30 Mengesahkan Sokongan Bicu Audio 3.5mm, Imej Rasmi Turut Didedahkan Comments Off on Ketirisan Video Huawei P30 Mengesahkan Sokongan Bicu Audio 3.5mm, Imej Rasmi Turut Didedahkan

Rata-rata daripada pengeluar dilihat telah mengambil pendekatan mudah dengan menyingkirkan bicu audio 3.5mm pada peranti keluaran mereka, dan ia telah mendapat kritikan daripada pengguna yang melihatnya sebagai tidak relevan. Nampaknya Huawei mendengar keluhan penggunanya apabila disahkan akan mengembalikan semula bicu audio 3.5mm itu pada Huawei P30 yang akan dilancarkannya nanti.

Kehadiran bicu audio 3.5mm yang terletak di sebelah port USB Type-C pada Huawei P30 ini jelas dapat dilihat melalui ketirisan video pendek yang telah dimuat naik di Weibo. Selain itu, Huawei P30 yang dilihat menggunakan sarung pelindung khas ini juga turut memperlihatkan sokongan tiga utama dengan susunan secara menegak.

Lebih menariknya, imej rasmi Huawei P30 dan P30 Pro juga telah berjaya didedahkan melalui laman rasmi Huawei, sebelum ianya dipadam. Berikut adalah imej rasmi untuk kedua-dua siri Huawei P30 yang akan dilancarkan pada 26 Mac 2019 nanti:

Huawei P30:

Huawei P30 Pro:

Baca juga:

Rakaman Video Yang ‘Superb’ Ini Dipercayai Diambil Menggunakan Huawei P30 Pro

Fungsi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Pada Huawei P30 Pro Diperlihatkan Dalam Video Pendek

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend