Ketirisan Pelindung Skrin Mengesahkan Sokongan Takuk Lebih Kecil Untuk Model HUAWEI Mate 30 Comments Off on Ketirisan Pelindung Skrin Mengesahkan Sokongan Takuk Lebih Kecil Untuk Model HUAWEI Mate 30 123

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja untuk HUAWEI melancarkan siri Mate terbaharunya pada 19 September depan, dan setakat ini kita sudahpun mengetahui bahawa HUAWEI Mate 30 Pro bakal hadir dengan rekaan takuk yang agak lebar bagi menempatkan pelbagai sensor.

Malah berdasarkan ketirisan sebelum ini turut memberi petunjuk bahawa varian paling rendah iaitu Mate 30 akan turut dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin. Melalui ketirisan terbaru di Weibo, berita ketirisan itu telah dikuatkan lagi dengan perkongsian gambar pelindung skrin untuk HUAWEI Mate 30.

Rekaan takuk yang lebih kecil pada HUAWEI Mate 30 (mirip seperti siri HUAWEI P20), ia berkemungkinan akan menempatkan satu lensa kamera depan, dan juga lubang earpiece. Berbeza dengan rekaan skrin melengkung pada HUAWEI Mate 30 Pro, Mate 30 menampilkan rekaan skrin jenis 2.5D yang lebih rata.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend