Ketirisan Imej Vivo NEX 2 Dengan Dwi Skrin Dan Tiga Kamera Utama Tanpa Kamera Hadapan Comments Off on Ketirisan Imej Vivo NEX 2 Dengan Dwi Skrin Dan Tiga Kamera Utama Tanpa Kamera Hadapan

Dalam diam-diam Vivo nampaknya bakal hadir dengan satu lagi telefon pintar mercunya apabila imej Vivo NEX 2 telah mula tersebar di Internet. Berbeza dengan Vivo NEX generasi pertama yang tampil dengan rekaan kamera hadapan jenis gelongsor, Vivo NEX 2 menggunakan pendekatan yang sangat berbeza.

Perkongsian imej pengolokan Vivo NEX 2 yang dikongsikan oleh @VenyaGeskin1 di laman Twitter miliknya, jelas memperlihatkan sokongan dwi skrin pada peranti ini. Panel skrin hadapan yang tampil dengan rekaan skrin penuh ini akan turut menempatkan sensor pengimbas cap jari pada skrin, tetapi kini ia tidak lagi disediakan dengan kamera hadapan.

Gambar sebenar Vivo NEX 2 yang tertiris di Internet.

Disebabkan oleh itu, Vivo NEX 2 telah hadir dengan panel skrin berwarna kedua yang agak besar pada bahagian belakangnya. Ia juga telah dilengkapi dengan tiga kamera yang disusun secara mendatar, dan aktiviti swafoto boleh diambil menggunakan kamera tersebut dengan bantuan panel skrin kedua itu.

Lunar Ring yang ditempatkan antara tiga kamera pada Vivo NEX 2.

Apa yang lebih menariknya, terdapat satu gelung LED berwarna yang dikenali sebagai ‘Lunar Ring’ yang dipercayai boleh digunakan untuk memaparkan status notifikasi yang diterima. Bahkan YouTuber Mrwhosetheboss turut berkongsi video peranti misteri yang dipercayai model Vivo NEX 2.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend