Ketirisan Imej Sebenar Samsung Galaxy S10 Memperlihatkan Rekaan Skrin Jenis ‘Infinity-O’ Comments Off on Ketirisan Imej Sebenar Samsung Galaxy S10 Memperlihatkan Rekaan Skrin Jenis ‘Infinity-O’

Dijangka akan diumumkan secara rasmi di dalam acara MWC 2019 yang akan berlangsung Februari nanti, kini penampilan sebenar rekaan Samsung Galaxy S10 atau dikenali dengan nama kod ‘Beyond 1’ telah berjaya didedahkan dengan lebih jelas.

Melalui imej yang dikongsikan oleh Evan Blass, Samsung Galaxy S10 jelas memperlihatkan saiz bezel yang lebih kecil berbanding generasi sebelumnya. Malah ketirisan imej sebenar peranti mercu keluaran Samsung ini juga turut mengesahkan sokongan skrin jenis ‘Infinity-O’ yang telah menempatkan kamera swafoto di dalam skrin.

Menurut Evan Blass lagi, Samsung Galaxy S10 juga dipercayai akan menyokong fungsi pengecasan ‘reverse wireless charging’ sama seperti yang diperkenalkan oleh Huawei untuk model Mate 20 Pro. Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh menggunakan Samsung Galaxy S10 untuk mengecas telefon pintar ataupun jam tangan pintar yang hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Sungguhpun begitu buat masa ini hanya gambar panel hadapan sahaja yang berjaya didedahkan, bahkan antaramuka yang disokongnya juga telah dikaburkan rekaan ikonnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend