Ketirisan Imej Sebenar Redmi K30 Mengesahkan Sokongan Skrin 120Hz Dan Pengecasan Pantas 30W Comments Off on Ketirisan Imej Sebenar Redmi K30 Mengesahkan Sokongan Skrin 120Hz Dan Pengecasan Pantas 30W 193

Dikhabarkan akan dilancarkan sekitar bulan Disember nanti, pelbagai ketirisan tentang Redmi K30 telah mula dikongsikan di Internet. Menurut pendedahan yang didedahkan melalui laman rasmi 3C di China, sebuah telefon pintar dengan nombor model M2001G7AE yang dipercayai varian biasa Redmi K30 telah disahkan akan tersedia dengan palam kuasa 30W di dalam kotak.

Melalui perkongsian berasingan, beberapa imej sebenar Redmi K30 telah mendedahkan spesifikasi yang akan disokongnya. Ini termasuklah GPU Adreno 618 yang berkemungkinan akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 730 ataupun Snapdragon 730G. Bahkan apa yang lebih menariknya, ia juga akan turut menyokong skrin dengan kadar segar semula mencecah sehingga 120Hz.

This slideshow requires JavaScript.

Sebagaimana yang telah diketahui sebelum ini, Redmi K30 juga dipercayai akan hadir dengan sokongan dwi kamera pada skrin mirip seperti Samsung Galaxy S10+, dan juga akan turut diperkenalkan dalam varian 5G.

sumber

Baca juga:

Redmi K30 Merupakan Peranti Pertama Redmi Dengan Sokongan 5G Dan Dwi Kamera Pada Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend