Ketirisan Imej Pengolokan Google Pixel 4 Memperlihatkan Rekaan Mirip Seperti iPhone XI Comments Off on Ketirisan Imej Pengolokan Google Pixel 4 Memperlihatkan Rekaan Mirip Seperti iPhone XI 404

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, Google bakal hadir dengan generasi baharu Pixel pada Oktober 2019 nanti. Walaupun masih ada empat bulan lagi sebelum Pixel 4 dan Pixel 4 XL dilancarkan secara rasmi, portal pricebaba telahpun berjaya mendedahkan imej pengolokan peranti tersebut kepada umum.

Melalui imej pengolokan tersebut, Pixel 4 dilihat hadir dengan rekaan kamera utama yang mirip seperti iPhone XI. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan berapa jumlah lensa yang akan disokong oleh peranti ini. Tetapi berikutan rekaan kamera berbentuk segi empat yang agak besar, ia mungkin menyokong lebih daripada satu lensa.

Selain itu, imej pengolokan itu juga tidak memberi petunjuk akan kehadiran sensor pengimbas cap jari fizikal pada Pixel 4 ini, jadi berkemungkinan besar ia akan menggunakan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin ataupun modul pengecaman wajah 3D.

Menurut sumber itu lagi, berdasarkan kepada kedudukan lubang earpiece, ia mungkin akan mengekalkan rekaan takuk yang sama seperti sebelum ini. Kehadiran dua lubang pada kiri dan kanan port USB Type-C pada Pixel 4 ini juga mungkin menyaksikan tiada lagi sokongan speaker stereo pada bahagian depan peranti.

Walau bagaimanapun, memandangkan pendedahan imej pengolokan ini telah dibuat berdasarkan kepada skematik prototaip awal yang berjaya diperolehi, rekaan akhir Pixel 4 ini nanti mungkin akan mengalami perubahan sebelum ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend