Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Lite Memperlihatkan Panel Belakang Mirip Huawei Mate 10 Porsche Design Comments Off on Ketirisan Imej Huawei Mate 20 Lite Memperlihatkan Panel Belakang Mirip Huawei Mate 10 Porsche Design

Seperti yang kita sedia maklum, Huawei akan memperkenalkan siri Mate terbaharu keluarannya tidak lama lagi dengan tiga model berbeza iaitu Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 Pro dan juga Huawei Mate 20 Lite. Apa yang menariknya, baru-baru ini ada pihak yang sudah mula mendedahkan model terendah dari siri itu dengan ketirisan imej rekaan Huawei Mate 20 Lite.

Emas dan hitam antara warna yang akan ditawarkan pada Huawei Mate 20 Lite.

Berdasarkan kepada imej tersebut, Huawei Mate 20 Lite dilihat menampilkan rekaan skrin bertakuk yang lebih besar berbanding siri P20 sebelum ini dan rekaan takuknya yang lebar ini lebih mirip seperti siri nova 3 dan nova 3i. Walau bagaimanapun, bahagian bezel bawahnya kelihatan agak besar.

Huawei Mate 20 Lite (kiri) dan Huawei Mate 10 Porsche Design (kanan).

Manakala rekaan panel belakangnya pula menampilkan kedudukan dwi kamera dan juga sensor pengimbas cap jari yang lebih mirip seperti rekaan yang digunakan pada model Huawei Mate 10 Porsche Design. Melalui gambar yang dikongsikan itu juga, sokongan dwi kamera pada Mate 20 Lite ini juga kelihatan timbul dari permukaan panel belakangnya.

Ramalan awal spesifikasi Huawei Mate 20 Lite:

  • Android 8.1 Oreo
  • Kirin 710 (4x 2.2GHz Cortex-A73 + 4x 1.7GHz Cortex-A53
  • 6GB + 64GB
  • 6.3 inci LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 20MP + 2MP
  • Kamera hadapan: 24MP + 2MP
  • 3650 mAh
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend