Ketirisan Imej Honor Magic 2 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Dengan ‘AI Vision’, Hadir Dalam Warna Biru Dan Hitam Comments Off on Ketirisan Imej Honor Magic 2 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Dengan ‘AI Vision’, Hadir Dalam Warna Biru Dan Hitam

Sebelum ini kita telahpun dapat melihat ketirisan video acah Honor Magic 2 yang memperlihatkan rekaan skrin penuh dalam rekaan jenis gelongsor. Malah di dalam video itu juga tarikh pelancaran rasmi peranti tersebut telah disahkan akan berlangsung pada 31 Oktober nanti. Sungguhpun begitu, rekaan sebenar Honor Magic 2 di dalam video tersebut tidak dapat dilihat dengan begitu jelas.

Tetapi kini rekaan panel belakang Honor Magic 2 telah berjaya diperolehi dalam gambar sebenar yang lebih jelas, hasil perkongsian pengguna di Weibo. Melalui gambar tersebut, Honor Magic 2 sah akan hadir dalam dua warna iaitu biru dan juga hitam, dengan kemasan panel belakang yang diperbuat daripada kaca.

Apa yang menarik perhatian kami, Honor Magic 2 menyokong tiga kamera dengan ciri ‘AI Vision’ yang jika diperhatikan memiliki rekaan yang mirip seperti panel belakang Huawei P20 Pro. Sungguhpun begitu, kamera yang digunakan pada Honor Magic 2 ini bukanlah daripada sentuhan LEICA.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend