Ketirisan Gambar Sebenar Samsung Galaxy Watch Active 2 Tampil Dengan Perubahan Rekaan Yang Minimum Comments Off on Ketirisan Gambar Sebenar Samsung Galaxy Watch Active 2 Tampil Dengan Perubahan Rekaan Yang Minimum 202

Serentak dengan pelancaran siri Galaxy S10 di Malaysia, Samsung turut memperkenalkan peranti boleh pakai terbaharunya dengan kemunculan Galaxy Watch Active berharga RM799 untuk pasaran tempatan pada Mac 2019 yang lalu. Kini selepas beberapa bulan peranti itu berada di pasaran, kini muncul pula berita ketirisan tentang generasi keduanya sebagaimana yang didedahkan oleh portal Sammobile.

Berdasarkan pendedahan yang telah dikongsikan, Samsung Galaxy Watch Active 2 ini dilihat masih mengekalkan rekaan yang sama seperti generasi pertamanya. Apa yang membezakan generasi kedua ini adalah pada sokongan butang kuasa/home yang kini tampil dengan sentuhan gelung berwarna merah, dan juga butang back yang kini hadir dengan rekaan segi empat berbanding bulat sebelum ini.

Samsung Galaxy Watch Active 2 dikatakan akan ditawarkan dalam dua saiz berbeza iaitu 40mm atau 44mm, dan tersedia dalam versi WiFi dan juga LTE. Dioperasikan dengan antaramuka One UI versi 1.5, versi WiFi akan dilengkapi bateri berkapasiti 237 mAh, manakala versi LTE pula menyokong kapasiti bateri lebih besar mencecah 340 mAh.

Sama seperti generasi pertamanya, Samsung Galaxy Watch Active 2 turut menyingkirkan rekaan ‘bezel ring’.

Buat masa ini Samsung masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran dan juga harga jualan untuk Galaxy Watch Active 2. Namun begitu, berkemungkinan besar ia akan diperkenalkan serentak dengan hari pelancaran Samsung Galaxy Note 10 tidak lama lagi.

Baca juga:

Rekaan Pengecas USB PD Dengan Output Pengecasan Pantas 45W Daripada Samsung Didedahkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend