Ketirisan Gambar Nokia X6 Memperlihatkan Rekaan Takuk Pada Skrin Berukuran 5.8 Inci Comments Off on Ketirisan Gambar Nokia X6 Memperlihatkan Rekaan Takuk Pada Skrin Berukuran 5.8 Inci

HMD Global sebelum ini dikatakan akan melancarkan satu peranti terbaru keluarannya iaitu dari siri X di China pada 27 April 2018 ini dengan membawakan nama Nokia X6. Ya! Ini merupakan kali kedua Nokia tampil menggunakan nama tersebut, yang mana kali pertama ia digunakan pada peranti berasaskan Symbian yang diperkenalkan pada tahun 2009 yang lalu.

Berdasarkan perkongsian di blog mikro popular di China iaitu Weibo, Nokia X6 akan menyokong paparan skrin dengan nisbah 19:9 berukuran 5.8 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel). Ia juga dipercayai akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, sensor pengimbas cap jari pada panel belakang, dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Nokia X6 dikatakan akan ditawarkan dalam dua varian berbeza iaitu versi Qualcomm Snapdragon 636 dengan sokongan ruang storan 128GB + RAM 6GB, manakala versi MediaTek Helio P60 pula menawarkan ruang storan lebih kecil iaitu 64GB + RAM 4GB. Bahkan harga jualannya juga dijangka akan dijual bermula dari CNY1,599 atau kira-kira RM995.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend