Ketirisan Gambar Modul Kamera Untuk HUAWEI P40 Jelas Menyaksikan Sokongan Tiga Lensa Kamera Comments Off on Ketirisan Gambar Modul Kamera Untuk HUAWEI P40 Jelas Menyaksikan Sokongan Tiga Lensa Kamera

Dijadualkan akan dilancarkan sekitar bulan Mac 2020 ini, beberapa ketirisan tentang model terbaharu keluaran ini telah diperkatakan di Internet. Antaranya termasuklah sokongan HUAWEI Mobile Services (HMS) bagi menggantikan Google Mobile Services (GMS), dan juga sokongan teknologi pengecasan pantas 65W.

Melalui ketirisan gambar yang berjaya diambil di kilang penghasilan modul kamera yang dipercayai akan digunakan pada HUAWEI P40, ia jelas menyaksikan sokongan tiga lensa kamera. Ini dapat dilihat melalui rekaan tiga lubang yang disusun secara menegak, dan juga lubang tambahan untuk LED Flash serta sensor kamera.

Rekaan modul ini secara tidak langsung menyaksikan persamaan dengan ketirisan imej pengolokan siri HUAWEI P40 yang pernah dikongsikan sekitar bulan Disember 2019 yang lepas.

Rekaan tiga kamera pada HONOR V30.

Bahkan jika anda perhatikan, rekaan tiga kamera pada HUAWEI P40 ini sebenarnya tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan rekaan kamera pada siri HONOR V30 yang dilancarkan pada hujung November 2019.

Baca juga:

HONOR V30 Dan V30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera RYYB 40MP Serta Dwi Kamera Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend