Ketirisan Gambar Memperlihatkan Huawei Mate 20 Dengan Sokongan Stylus?! Comments Off on Ketirisan Gambar Memperlihatkan Huawei Mate 20 Dengan Sokongan Stylus?!

Sebagaimana yang kita ketahui, Huawei bakal melancarkan siri Mate 20 secara rasmi esok (16 Oktober) dan menariknya baru-baru ini satu lagi maklumat terbaru telah diperolehi berhubung model baharu Huawei itu.

Melalui perkongsian tweet oleh @ClubHuawei, Mate 20 dipercayai akan menyokong satu lagi ciri menarik iaitu stylus. Perkara ini agak mengejutkan kerana sepanjang siri Mate diperkenalkan, Huawei tidak pernah memfokuskan sokongan aksesori tersebut. Maklumat ini telah disahkan melalui gambar yang diambil daripada dokumen rasmi di Huawei Store.

Ketirisan gambar yang diambil daripada dokumen rasmi Huawei Store.

Berdasarkan gambar tersebut, dua peranti yang diletakkan di sebelah kiri dipercayai model Mate 20 dan Mate 20 Pro. Manakala peranti di sebelah kanan gambar yang memiliki saiz kerangka yang lebih besar itu turut tersedia dengan stylus, dan ia berkemungkinan besar merupakan Mate 20X yang memfokuskan aspek gaming.

Benar atau tidak maklumat yang diterima ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya di London pada jam 2 petang atau 8.30 malam waktu tempatan.

Miliki peranti flagship daripada Huawei :

Baca juga:

Huawei Akan Turut Mengumumkan Peranti ‘Gaming’ Kirin 980 Dengan Kemunculan Mate 20X Pada 16 Oktober Nanti

Huawei Mate 20 & Mate 20 Pro: Lima Perbezaan Yang Diketahui Setakat Ini…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend