
Khabar berita mengenai peranti mercu Samsung Galaxy S11 telah diperdengarkan sejak bulan lalu. Antara apa yang diperkatakan adalah penggunaan kuadkamera dengan bonjol kamera segi empat tepat, kapasiti bateri lebih besar, teknologi pengecasan pantas 25W, dan sokongan 5G.
Terkini menurut peniris terkenal Ice Universe, Samsung dipercayai akan menggunakan lensa telefoto berpiksel tinggi pada Galaxy S11 dan S11+ termasuklah pada model asas Galaxy S11e. Tambahnya, sensor tersebut adalah tidak kurang daripada 48MP.
Samsung will lead the high-pixel telephoto lens, and the telephoto cameras of the S11e, S11, and S11 + are not less than 48MP.
— Ice universe (@UniverseIce) December 19, 2019
Terdahulu, Samsung dikhabarkan mahu meletakkan kamera utama 108MP di bahagian belakang peranti. Tidak jelas lagi sama ada Galaxy S11e turut menggunakan sensor yang sama memandangkan harga untuk model ini jauh lebih rendah berbanding dua model di atasnya, Galaxy S11 dan S11+.
Siri Samsung Galaxy S11 dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari tahun hadapan dan mungkin banyak lagi maklumat mengenainya akan kita perolehi dalam beberapa minggu mendatang.