Kesemua Unit realme X2 Pro Habis Dipra-tempah Dalam Tempoh 14 Minit Di Lazada Comments Off on Kesemua Unit realme X2 Pro Habis Dipra-tempah Dalam Tempoh 14 Minit Di Lazada

realme Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan telefon pintar mercu paling ‘hype’ keluarannya iaitu realme X2 Pro untuk pasaran tempatan pada harga RM2,399. Ditawarkan dalam varian 12GB + 256GB, pra-tempah realme X2 Pro telah dibuka secara eksklusif melalui ‘Chup Dulu Lazada’ pada 5 hingga 11 Disember 2019.

Berikutan tawaran harga yang dilihat sangat berbaloi dengan sokongan spesifikasi yang ditawarkan, kesemua unit realme X2 Pro telah dilaporkan telah habis dipra-tempah dalam tempoh 14 minit selepas ianya dibuka kepada umum. Setiap pra-tempah yang dibuat di Lazada akan turut menerima pelbagai hadiah percuma seperti realme Buds Wireless, realme Backpack, dan juga realme Power Bank.

realme X2 Pro tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Lunar White dan Neptune Blue.

realme X2 Pro dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855+, memori 12GB + 256GB, skrin AMOLED berukuran 6.5 inci FHD+ dengan kadar segar semula skrin 90Hz, kuad kamera 64MP dengan ciri 5x Optical Hybrid Zoom, kamera depan 16MP, speaker stereo Dolby Atmos, dan juga bateri 4000mAh dengan pengecasan SuperVOOC Flash Charge 50W.

Baca juga:

realme X2 Pro Dengan Snapdragon 855+, 12GB RAM Dan Skrin 90Hz Kini Rasmi Pada Harga RM2399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend