Kesatuan Eropah Mahu Mewajibkan Penggunaan Port USB-C Pada Telefon Pintar Comments Off on Kesatuan Eropah Mahu Mewajibkan Penggunaan Port USB-C Pada Telefon Pintar

Pada tahun 2014, Kesatuan Eropah (EU) pernah mengeluarkan cadangan untuk menggunakan standard port pengecasan yang boleh digunakan pada telefon pintar, tablet dan peranti mudah alih yang lain.

Namun cadangan itu dilihat tidak berjaya dicapai kerana sehingga kini masih terdapat pengeluar yang menggunakan port microUSB, terutamanya pada telefon pintar dalam segmen mampu milik.

Kabel USB-C dan micro USB

Menjelang tahun 2020, EU dilaporkan mahu menggunakan standard pengecasan USB-C untuk kesemua telefon pintar yang diperkenalkan di pasaran pada masa akan datang. Sekiranya mandat ini berjaya direalisasikan, kesemua pengeluar perlu menggunakan port USB-C sekiranya mereka mahu menembusi pasaran di Eropah.

Pendekatan ini ingin diwajibkan bagi mengurangkan sisa elektronik yang setakat ini telah menyaksikan pembuangan pengecas yang mencecah sehingga 51,000 tan pada setiap tahun.

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend