Kemunculan Mengejut vivo V9 Pada Papan Iklan Di Indonesia 1 167

vivo telah berjaya menarik perhatian banyak pihak di pameran MWC 2018 yang lalu apabila mendedahkan dua inovasi canggih dengan rekaan kamera yang boleh dikeluarkan dari slot khas pada kerangkanya, dan juga sebahagian daripada paparan skrin boleh digunakan untuk mengimbas cap jari pada peranti konsep vivo APEX.

Nampaknya bukan itu sahaja kejutan yang ingin dibawakan oleh vivo untuk peminatnya. Baru-baru ini telah tersebar di Internet apabila satu poster besar pada papan iklan di Indonesia telah memperlihatkan satu lagi model baharu iaitu vivo V9.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat berkaitan sokongan spesifikasi pada peranti tersebut buat masa ini. Tetapi berdasarkan kepada poster itu, vivo V9 juga dipercayai turut hadir dengan rekaan paparan skrin penuh dengan takuk pada bahagian atasnya. Penggunaan slogan ‘PERFECT SHOT. PERFECT VIEW.’ juga secara tidak langsung membuktikan bahawa model ini akan memfokuskan pada rekaan paparan skrin dan juga keupayaan penggambarannya.

Lebih menariknya, vivo juga berkemungkinan besar akan memilih penyanyi popular dari Indonesia iaitu Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo sebagai duta model vivo V9 itu nanti.

Sumber : GSMArena

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend