Kemas Kini Untuk Xiaomi Mi Band 3 Hadir Dengan Fungsi ‘Mute’ Dan Peringatan Perlawanan Piala Dunia Comments Off on Kemas Kini Untuk Xiaomi Mi Band 3 Hadir Dengan Fungsi ‘Mute’ Dan Peringatan Perlawanan Piala Dunia

Berbanding dengan model Mi Band sebelum ini, populariti Mi Band 3 tidak dapat dinafikan lagi apabila ia telah berjaya terjual sebanyak 1 juta unit dalam tempoh 17 hari ia dijual. Walaupun smartband ini masih baru di pasaran, baru-baru ini ia telah mula menerima kemas kini terbaru.

Antara fungsi baharu yang ditawarkan adalah keupayaan untuk mengaktifkan fungsi mute pada telefon pintar anda dengan hanya menekan satu butang pada Mi Band 3. Sokongan fungsi ini sememangnya sangat berguna kerana tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket atau beg, pengguna boleh mengaktifkan mod senyap dengan lebih mudah.

Pengaktifan mod senyap kini bpoleh terus dikawal pada Mi Band 3.

Lebih menariknya, sepanjang musim perlawanan bola sepak Piala Dunia, pengguna Mi Band 3 akan turut menerima peringatan bagi setiap perlawanan yang telah ditetapkan pada aplikasi Mi Fit. Untuk menerima kemas kini terbaru ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi Mi Fit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend