Kemas Kini Untuk Huawei P20 Pro Menampilkan Penambahbaikan Pada Kamera – Sokong ISO 102,400 Comments Off on Kemas Kini Untuk Huawei P20 Pro Menampilkan Penambahbaikan Pada Kamera – Sokong ISO 102,400

Beberapa hari yang lepas, pemilik Huawei P20 Pro di negara ini sudah mula menerima kemas kini terbaru untuk peranti milik mereka dengan ketersediaan kemas kini versi CLT-L29 8.1.0.107(C636). Fail kemas kini yang mula diterima melalui OTA (Over-the-Air) ini agak besar iaitu mencecah sehingga 731MB.

Melalui kemas kini terbaru ini, Huawei P20 Pro akan menerima beberapa ciri penting seperti kestabilan serta prestasi sistem yang optimum, penambahbaikan keselamatan sistem melalui integrasi Google security patches untuk bulan Mac 2018, dan juga penambahbaikan pada fungsi dan juga kestabilan kamera.

Antaramuka viewfinder selepas dikemas kini kelihatan lebih menarik kerana menerima sentuhan seakan kulit pada bahagian shutter, dan mod Night juga boleh diakses dengan lebih mudah.

Apa yang menariknya, versi terbaru kemas kini untuk Huawei P20 Pro ini bukan sahaja telah menampilkan antaramuka kamera yang lebih menarik, tetapi akses untuk mod ‘Night Shot’ terasa lebih mudah kerana ia tidak lagi diletakkan di dalam menu ‘More’. Malahan senarai mod penggambaran tambahan di dalam menu itu juga telah diubah.

Mod kamera di dalam menu More juga lebih mudah untuk dipilih.

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Huawei sebelum ini, sokongan kamera dengan mod automatik kini berupaya menyokong sehingga ISO 102,400. Manakala untuk mod manual pula ia menyokong sehingga ISO 6,400.

Apabila anda mengambil gambar dengan mod automatik, tetapan ISO boleh mencecah sehingga 102,400.

Kemas kini ini juga turut memperlihatkan pemasangan aplikasi kamera pihak ketiga iaitu Z Camera yang menawarkan pelbagai fungsi seperti suntingan gambar, swafoto dengan efek kecantikan, kolaj, stiker dan banyak lagi. Tetapi pada pendapat kami kehadiran aplikasi ini sememangnya tidak diperlukan oleh sesetengah pengguna.

Aplikasi kamera pihak ketiga iaitu Z Camera.

Cara memasang kemas kini terbaru pada peranti Huawei P20 Pro anda:

Settings → System → System update → Check for updates

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend