Kemas Kini Rasmi Android 10 Untuk Xiaomi Mi A2 Lite Telah Ditarik Balik Comments Off on Kemas Kini Rasmi Android 10 Untuk Xiaomi Mi A2 Lite Telah Ditarik Balik

Diperkenalkan pada tahun 2018, Xiaomi Mi A2 Lite merupakan peranti yang dilancarkan di bawah program Android One yang menjanjikan sokongan dua kemas kini utama.

Apabila pertama kali diperkenalkan, Mi A2 Lite hadir dengan sokongan Android 8.1 Oreo, yang mana kemudiannya telah menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Menariknya pada 9 Mac 2020, peranti ini dilaporkan mula menerima kemas kini terbaharu Android 10.

Sungguhpun begitu, kemas kini Android 10 versi rasmi untuk model Mi A2 Lite itu telahpun ditarik balik oleh Xiaomi pada hari ini. Penarikan semula kemas kini itu dibuat selepas terdapat pengguna telah melaporkan peranti mereka tidak boleh dihidupkan selepas dikemaskinikan.

Buat masa ini pihak Xiaomi dikatakan sedang menyiasat punca kepada permasalahan tersebut, dan mungkin akan menawarkan kemas kini baharu untuk mengatasi isu itu.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend