Kemas Kini MIUI 10 Global Versi Beta Berasaskan Android 9.0 Pie Untuk Pocophone F1 Tertiris, Sedia Untuk Dimuat Turun Comments Off on Kemas Kini MIUI 10 Global Versi Beta Berasaskan Android 9.0 Pie Untuk Pocophone F1 Tertiris, Sedia Untuk Dimuat Turun

Ternyata strategi Xiaomi untuk menarik perhatian pengguna yang lebih mementingkan sokongan spesifikasi berkuasa tanpa menghiraukan aspek rekaan yang premium sangat menjadi dengan kemunculan sub-jenamanya iaitu Pocophone.

Dikuasakan dengan pemproses berkuasa Qualcomm Snapdragon 845, Pocophone F1 telah dioperasikan dengan antaramuka MIUI 9.6 yang berasaskan platform Android 8.1 Oreo. Walaupun Xiaomi masih lagi belum mengumumkan ketersediaan kemas kini versi beta untuk MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, baru-baru ini ada individu di XDA Developers telah berjaya mendapatkan fail kemas kini tersebut.

Lebih menariknya, fail kemas kini dalam versi beta itu telahpun dikongsikan kepada umum untuk dimuat turun oleh pemilik Pocophone F1. Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, kemas kini beta itu tampil dengan versi MIUI 10 Global 8.10.30 Beta dan ia turut menyokong sistem keselamatan Android untuk bulan Oktober.

Fail kemas kini beta yang telah dimuat turun itu boleh terus dipasang pada Pocophone F1 menggunakan aplikasi MIUI Updater. Tetapi untuk berbuat demikian, pengguna perlu menyimpan fail tersebut di dalam folder baharu yang dinamakan sebagai download_rom folder terlebih dahulu.

Muat turun fail kemas kini untuk Pocophone F1: MIUI 10 Global Beta

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend