Kemas Kini KB4532695 Untuk Windows 10 Versi 1903/1909 Dilaporkan Berhadapan Pelbagai Isu Comments Off on Kemas Kini KB4532695 Untuk Windows 10 Versi 1903/1909 Dilaporkan Berhadapan Pelbagai Isu

Baru-baru ini Microsoft baru sahaja mengumumkan ketersediaan kemas kini baharu untuk PC dan juga komputer riba yang dioperasikan dengan Windows 10 versi 1903 atau 1909.

Melalui kemas kini baharu itu, Microsoft telah menyenaraikan bahawa ia akan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pada kemas kini terdahulu, dan dalam masa yang sama menawarkan penambahbaikan pada sistem operasi tersebut.

Namun berdasarkan maklum balas yang dikongsikan di dalam ruangan komen, rata-rata pengguna yang telah memasang kemas kini KB4532695 pada peranti mereka telah berhadapan dengan pelbagai isu.

Antara isu yang dihadapi selepas memasang kemas kini tersebut termasuklah seperti berikut:

  • Speaker tidak berfungsi kerana tiada output bunyi walaupun menggunakan kabel HDMI atau soundcard.
  • Masa boot yang terlalu lama, di mana Windows akan sangkut pada antaramuka ‘welcome screen’ sekitar 5 minit. Isu masih berlaku walaupun pemasangan semula kemas kini dijalankan, dan ia hanya beroperasi seperti biasa selepas kemas kini tersebut dibuang.
  • Monitor tambahan tidak berfungsi kerana tertera mesej ‘No signal’.
  • Terdapat pengguna yang melaporkan kehilangan beberapa pemacu (drivers) dan turut berhadapan dengan isu BSoD (Blue Screen of Death).
  • PC tidak dapat dihidupkan selepas menjalankan proses restart selepas proses kemas kini berjaya dijalankan. Malah tiada respons walaupun butang kuasa ditekan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan agar tidak mengemaskini PC atau komputer riba dengan kemas kini KB4532695. Sebaliknya pastikan peranti anda tidak disetkan untuk dikemaskini secara automatik, atau klik pada menu ‘Pause updates for 7 days’ sehingga kemas kini terbaharu dilepaskan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend