Kemas Kini iOS 13 Sudah Boleh Boleh Dimuat Turun Untuk Model iPhone Tahun 2015 Dan Ke Atas Comments Off on Kemas Kini iOS 13 Sudah Boleh Boleh Dimuat Turun Untuk Model iPhone Tahun 2015 Dan Ke Atas 323

Bermula hari ini, pra-tempah untuk siri iPhone 11 sudahpun mula dibuka secara rasmi untuk pengguna di negara ini. Namun begitu jika anda bercadang untuk terus menggunakan model iPhone sedia ada, kini Apple sudahpun mula melepaskan kemas kini rasmi untuk iOS 13 untuk model iPhone tahun 2015 dan ke atas.

Melalui kemas kini iOS 13 ini, Apple telah memperkenalkan sokongan antaramuka gelap iaitu ‘Dark Mode’ yang mampu menjanjikan penggunaan bateri yang lebih efisien untuk model iPhone yang menyokong panel OLED. Selain itu, melalui kemas kini baharu ini juga turut menjanjikan akses aplikasi serta ciri Face ID yang jauh lebih pantas, fungsi penggambaran ‘Portrait Lighting’ yang boleh dilaras secara manual, dan banyak lagi.

‘Dark Mode’ pada iOS 13 menampilkan sentuhan antaramuka gelap yang menyeluruh.

Bagi memastikan sama ada peranti anda menyokong kemas kini iOS 13, berikut adalah senarai penuh model iPhone dan juga iPod yang akan menerimanya:

  • iPod Touch (generasi ke-7)
  • iPhone SE
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone XR
  • iPhone Xs
  • iPhone Xs Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max

Baca juga:

iOS 13 Kini Diperkenalkan Secara Rasmi, Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kemas Kini Baharu Ini?!

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend