Kemas Kini iOS 11.4 Sokong AirPlay 2, Sambungan Dua HomePod Untuk Audio Stereo Dan Storan iMessage Pada iCloud Comments Off on Kemas Kini iOS 11.4 Sokong AirPlay 2, Sambungan Dua HomePod Untuk Audio Stereo Dan Storan iMessage Pada iCloud

Pemilik peranti iOS kini sudah boleh memuat turun kemas kini terbaru iOS 11.4 pada peranti masing-masing bermula hari ini. Dengan saiz fail lebih kurang 307MB, kemas kini terbaru ini menawarkan beberapa fungsi baharu seperti sokongan AirPlay 2, sambungan dua HomePod untuk audio berkualiti stereo, dan juga sokongan iMessage pada iCloud.

iOS 11.4 membolehkan dua HomePod disambungkan untuk menghasilkan audio berkualiti stereo.

Selain itu, kemas kini iOS 11.4 ini juga turut diperkenalkan untuk mengatasi beberapa isu besar pada versi iOS sebelum ini seperti memastikan aplikasi mesej tidak akan crash apabila menerima kandungan mesej yang mengandungi unikod ‘Black Dot’ yang kontroversi sebelum ini. Malah ia juga akan memastikan iMessage akan memaparkan penerimaan mesej bergantung kepada masa diterima atau dihantar, dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend