Kemas Kini EMUI 9.0 Akan Menerjah 9 Peranti Huawei Bermula 10 November Ini Comments Off on Kemas Kini EMUI 9.0 Akan Menerjah 9 Peranti Huawei Bermula 10 November Ini

Huawei sebelum ini ada membuat pengumuman rasmi dimana kemas kini EMUI 9.0 akan mula dilepaskan ke sembilan peranti terpilih bermula 10 November ini. Sebelum anda semua mula berasa teruja ini adalah senarai model yang akan diberikan antaramuka baharu.

  • Huawei P20
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei Mate RS Porsche Design
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei Mate 10 Porsche Design
  • Honor 10
  • Honor V10
  • Honor Play

Kelak, sistem EMUI 9.0 ini nanti akan didatangkan bersama Android 9.0 Pie yang berupaya memastikan prestasi peranti yang lebih lancar dan proses membuka aplikasi yang lebih pantas kerana difahamkan jika pengguna terbiasa dengan rutin harian yang membuka Fabeook sebelum memasuki pelayar Chrome, EMUI terbaru ini akan mempelajarinya.

Senang cerita, jika anda melancarkan aplikasi Facebook seterusnya ingin membuka Google Chrome, EMUI akan bersiap sedia sekaligus mempercepatkan pembukaan aplikasi daripada biasa.

Bagi anda yang menggunakan salah satu peranti yang disenaraikan di atas, kemas kini ini mungkin akan dilepaskan secara berperingkat mengikut negara. Jadi, 10 November tidak bermakna semua pengguna akan terima.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend