Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Nova 5T Dilaporkan Sudah Tersedia Untuk Pengguna Global Comments Off on Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Nova 5T Dilaporkan Sudah Tersedia Untuk Pengguna Global

Selepas melepaskan ketersediaan kemas kini EMUI 10 versi stabil untuk pemilik siri P30 dan juga siri Mate 20, kini HUAWEI dilaporkan sudahpun menyediakan kemas kini tersebut untuk pemilik peranti HUAWEI Nova 5T untuk pasaran global. Ini termasuklah untuk pengguna di Eropah, Asia Timur dan juga Timur Tengah.

This slideshow requires JavaScript.

Melalui perkongsian di Internet, terdapat pengguna HUAWEI Nova 5T yang sudahpun mula menerima kemas kini EMUI 10 versi 10.0.0.168 dengan fail kemas kini mencecah sehingga 4.77GB. Manakala untuk pemilik beta, fail kemas kini yang diterima adalah lebih kecil iaitu kurang daripada 1GB.

Buat masa ini kemas kini EMUI 10 untuk HUAWEI Nova 5T akan diberikan secara berperingkat-peringkat dan mungkin pemilik tempatan peranti ini akan turut menerimanya dalam masa terdekat nanti. Apa yang pasti, penerimaan kemas kini EMUI 10 ini boleh diperiksa melalui aplikasi HiCare.

Video Pandang Pertama HUAWEI Nova 5T:


melalui, sumber

Baca juga:

HUAWEI Perkenal Aplikasi ‘Game Centre’ Untuk Peranti Dengan Sokongan EMUI 10

[Tips] Cara Mengaktifkan Aplikasi ‘GameCentre’ Pada Peranti HUAWEI Dengan Sokongan EMUI 10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend