Kemas Kini EMUI 10 Berasaskan Android 10 Untuk HUAWEI Mate 9 Kini Telah Disahkan Sedang Diuji Comments Off on Kemas Kini EMUI 10 Berasaskan Android 10 Untuk HUAWEI Mate 9 Kini Telah Disahkan Sedang Diuji

Awal tahun ini, HUAWEI telahpun berkongsi senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10. Namun begitu, HUAWEI Mate 9 yang diperkenalkan pada tahun 2016 tidak pula kelihatan dalam senarai tersebut.

Menariknya melalui maklum balas yang dikongsikan oleh HUAWEI terhadap pertanyaan tentang status penerimaan kemas kini tersebut untuk model Mate 9 di Instagram, pihak HUAWEI telah mengesahkan bahawa EMUI 10 untuk peranti itu kini sedang giat dibangunkan dan diuji sebelum dilepaskan kepada umum.

Sebagai rujukan, HUAWEI Mate 9 yang dioperasikan dengan cipset Kirin 960 (16nm) telah dilancarkan dengan sokongan Android 7.0 Nougat. Malah kini ia telahpun dioperasukan dengan EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend