Kemas Kini Baharu WhatsApp Akhirnya Hadir Dengan Fungsi ‘Stickers’ Comments Off on Kemas Kini Baharu WhatsApp Akhirnya Hadir Dengan Fungsi ‘Stickers’

Bermula hari ini, pemilik peranti Android dan iOS sudah mula menerima fungsi yang sangat dinanti-nantikan oleh pengguna aplikasi WhatsApp iaitu ‘Stickers’. Memandangkan WhatsApp telahpun dimiliki oleh Facebook, ia akan menyokong pek stiker yang sama seperti media sosial popular itu.

Buat masa ini pengguna WhatsApp boleh mencuba 12 pek stiker yang boleh dimuat turun secara manual dan ini termasuklah stiker Cuppy, Salty ataupun Komo. Menurut WhatsApp lebih banyak stiker yang dibangunkan oleh pihak ketiga akan ditawarkan pada masa akan datang. Sungguhpun begitu, buat masa ini ia hanya menyokong stiker statik sahaja, manakala stiker beranimasi akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Untuk mencuba sendiri fungsi stiker pada WhatsApp, anda perlu memasang kemas kini yang terbaharu dan penerimaan kemas kini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend