Kemas Kini Baharu Untuk ASUS ZenFone 5z Menjanjikan Penambahbaikan Kamera Termasuk Sokongan Fail RAW Comments Off on Kemas Kini Baharu Untuk ASUS ZenFone 5z Menjanjikan Penambahbaikan Kamera Termasuk Sokongan Fail RAW

ASUS ZenFone 5z pada pendapat kami boleh dinobatkan sebagai peranti flagship paling berbaloi dimiliki di pasaran dan model ini sudahpun mula dijual secara rasmi di negara ini pada penghujung bulan lalu. Walaupun masih baru di pasaran, ASUS sememangnya komited untuk menjanjikan yang terbaik untuk penggunanya apabila sudah dua kali menawarkan kemas kini untuk model ini.

Baru-baru ini pemilik ASUS ZenFone 5z sekali lagi telah menerima kemas kini baharu untuk peranti milik mereka dan kali ini ia lebih memfokuskan pada aspek penggambaran. Selain itu, kemas kini ini juga turut menjanjikan kestabilan WiFi yang lebih baik dan juga mengatasi pelbagai bugs pada peranti ini.

Berikut adalah senarai ciri dan juga penambahbaikan yang disokong:

  • Menyokong fail penggambaran RAW
  • Penyediaan fungsi Panorama
  • Tambahan butang on/off untuk EIS (Electronic Image Stabilization)
  • Mod Pro kini turut menyokong fungsi LED Flash
  • Pilihan filter kini boleh dilihat pada masa nyata
  • Penambahbaikan kamera
  • Fungsi HDR dipertingkatkan
  • Fungsi Auto Exposure dipertingkatkan
  • Ketajaman gambar diperbaiki
  • Fungsi fokus auto dipertingkatkan
  • Kualiti rakaman gerak perlahan dipertingkatkan dengan saiz 720p
  • Kualiti audio dinaikkan dalam video ke 192kbps bitrate

Baca juga:

ASUS ZenFone 5z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tawaran Eksklusif Hanya RM1,699 Di Lazada Pada 31 Julai 2018

[Ulasan] ASUS ZenFone 5z: Peranti Induk Paling Berbaloi Untuk Dimiliki Setakat Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend