Kemas Kini Aplikasi Gerak Malaysia Versi 2.5 Untuk Jana Kod QR Perjalanan Yang Sah Comments Off on Kemas Kini Aplikasi Gerak Malaysia Versi 2.5 Untuk Jana Kod QR Perjalanan Yang Sah

Sebagaimana yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia perlu membuat permohonan kebenaran perjalanan antara negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jadi bagi yang akan membuat perjalanan dari Kuala Lumpur bermula hari ini, anda disarankan untuk memuat turun kemas kini aplikasi Gerak Malaysia versi 2.5 yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Melalui Gerak Malaysia versi baharu ini, anda terlebih dahulu perlu menjana kod QR sebaik sahaja anda ingin memulakan perjalanan ke destinasi yang ingi dituju. Sebagai peringatan, kod QR yang telah dijana hanya sah untuk tempoh 24 jam sahaja.

Tonton video penuh sidang media bersama Pengerusi SKMM:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend