Kelibat GoPro Hero 7 Muncul Pada Skrin Iklan – Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Kelibat GoPro Hero 7 Muncul Pada Skrin Iklan – Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Kamera aksi GoPro sememangnya terkenal di seluruh dunia dek kerana ketahanan badannya serta kualiti video yang dirakam. Bermula daripada anda yang memakainya sewaktu berjalan di jambatan gantung di Sunway Lagoon sehinggalah kepada penerjun sut terbang, GoPro tidak pernah mengecewakan si pemakainya.

Terbaru, gambar GoPro Hero 7 telah tertiris pada skrin LCD di sebuah kedai peralatan kamera. Melalui gambar, tidak banyak perubahan yang dilakukan pada aspek fizikal dan kita boleh menjangka isi dalaman yang dinaik taraf, khususnya pada bahagian penstabilan imej gimbal.

Terdapat tiga warna yang disertakan dan salah satunya ialah Black Edition dengan permukaan lensa yang lebih timbul berbanding model asas. Selain itu, model Black Edition juga memiliki skrin paparan sementara model asas dibiarkan kosong.

GoPro Hero 7 dijangka akan dilancarkan pada bulan ini memandangkan model sebelumnya telah diperkenalkan pada bulan September tahun lepas. Kami cuba teka harganya mungkin sekitar RM2,500. Apa-apapun kita tunggu..

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend