Kelajuan Muat Turun Cecah 1.3Gbps Berjaya Dicatatkan Di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’ Comments Off on Kelajuan Muat Turun Cecah 1.3Gbps Berjaya Dicatatkan Di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’ 250

Buat pertama kalinya, anda kini boleh menikmati sendiri pengalaman kepantasan rangkaian 5G di dalam bangunan yang pertama di Malaysia yang dibawakan oleh HUAWEI Malaysia dengan kerjasama Maxis melalui pelancaran ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’ yang terletak di HUAWEI Experience Store di Pavilion Elite.

Permainan VR menggunakan rangkaian 5G turut boleh dicuba apabila anda mengunjungi ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’ di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite.

Bermula 19 September hingga 6 Oktober 2019, orang ramai boleh menikmati sendiri pengalaman rangkaian 5G di ‘HUAWEI 5G Experiential Zone’ yang telah dibahagikan kepada tiga zon berbeza iaitu ‘Education Section’, ‘Gaming Zone’ dan juga ‘Speed Test Zone’. Selain menawarkan Internet berkelajuan tinggi, penyediaan zon 5G ini turut membuktikan prestasi dan juga kestabilan rangkaian 5G HUAWEI walaupun digunakan di dalam bangunan.

HUAWEI Mate 20X 5G (kanan) mampu memuat turun beberapa aplikasi dengan jauh lebih cepat berbanding rangkaian 4G menggunakan HUAWEI Mate 20X (kiri).
HUAWEI Mate 20X 5G (kiri) dengan sambungan rangkaian 5G berjaya memuat turun video bersaiz hampir 900MB dalam masa kurang 24 saat. Manakala untuk tempoh yang sama, rangkaian 4G hanya berjaya memuat turun sekitar 10MB sahaja.

Melalui demonstrasi kelajuan Internet 5G yang dijalankan, HUAWEI Mate 20X 5G dengan  sambungan Indoor 5G LampSite telah berjaya mencatatkan kelajuan muat turun mencecah sehingga 1.3Gbps. Malah berdasarkan percubaan yang dibuat, ia hanya mengambil masa kurang daripada 24 saat untuk memuat turun video bersaiz hampir 900MB.

Demonstrasi kelajuan muat turun 5G menggunakan HUAWEI Mate 20X 5G:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend