
Berdasarkan perkongsian terbaharu yang dikongsikan oleh portal Bernama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan juga memutuskan semua bentuk bazar Ramadan turut tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Keputusan ini telah dibuat selepas kerajaan mendengar pandangan rakyat, nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan juga badan bukan kerajaan mengenai perkara tersebut.
sumber: BERNAMA