Kamera OnePlus 7 Pro Akan Ditambah Baik Menerusi Kemas Kini Terbaru Comments Off on Kamera OnePlus 7 Pro Akan Ditambah Baik Menerusi Kemas Kini Terbaru 557

OnePlus 7 Pro telah dilancarkan di Malaysia beberapa hari lepas dengan tanda harga bermula RM2,999 sebuah. Peranti ini juga merupakan yang pertama daripada OnePlus yang menggunakan sistem tri-kamera belakang.

Walaupun telefon itu baru sahaja dilancarkan, terdapat banyak aduan daripada pengguna di forum OnePlus buat masa ini. Rata-rata pengguna mengadu prestasi kamera peranti mereka tidak beroperasi dengan baik. Melihat kepada permasalahan itu, jurucakap OnePlus akhirnya tampil memberitahu bahawa pihak pengeluar akan melepaskan satu kemas kini tidak lama lagi untuk memperbaiki isu tersebut. Pada masa sama kemas kini juga dilaporkan akan meningkatkan lagi kualiti kamera.

“The camera team have been working all the time on analyzing and fixing issues. Every system update contains code from camera of improving the camera quality. I believe some of you receive an update when you got your OnePlus 7 Pro. That’s a significant update for camera and I think you don’t want to miss it. Moreover, we are working on the next update which is going to be rolled out in a week or so. This update contains improvement on the HDR effect and Nightscape mode, and more tweaks based on some feedbacks from you and reviewers. From our test, photos look substantially better.”

OnePlus 7 Pro hadir dengan sensor utama 48MP + 8MP telefoto + 16MP ultra lebar dengan sokongan penggambaran yang terkini. Keupayaan kamera peranti ini juga telah terbukti lebih baik berbanding telefon pintar mercu lain menerusi skor DxOMark yang terkini. Ia sekaligus meletakkan One Plus 7 Pro di kelompok tiga terbaik di bawah Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G.

Bagi anda yang sudah memiliki peranti ini, adakah anda sudah berpuas hati dengan prestasi kamera dan kualiti hasil gambarnya?

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Dilancarkan Dengan Paparan 6.67″ 90Hz, Tri-Kamera 48MP, Warp Charge 30W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend