Kajian Terbaru Mendapati Pencahayaan Biru Pada Skrin Sebenarnya Tidak Mengganggu Pola Tidur Pengguna Comments Off on Kajian Terbaru Mendapati Pencahayaan Biru Pada Skrin Sebenarnya Tidak Mengganggu Pola Tidur Pengguna

Tanggapan bahawa cahaya biru yang dipaparkan pada skrin boleh mengganggu pola tidur kini mungkin boleh disangkal. Ini berikutan kajian terbaru yang ditemui oleh saintis di University of Manchester telah mendapati bahawa pancaran cahaya biru ini sebenarnya tidak memberi kesan terhadap pola tidur pengguna.

Berdasarkan kajian terdahulu, pendedahan terhadap cahaya biru terutamanya daripada telefon pintar dikatakan akan mengurangkan penghasilan melatonin, iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur dengan lebih mudah. Namun melalui kajian terbaru yang dijalankan ke atas tikus di makmal, tanggapan itu sebenarnya adalah salah.

Melalui kajian yang diterbitkan dalam jurnal Biologi Semasa yang dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Bioteknologi dan Sains Biologi, Dr Tim Brown dari University of Manchester telah mendapati bahawa cahaya biru yang boleh dikaitkan dengan pencahayaan kebiruan pada waktu senja sebenarnya memiliki kesan lebih lemah berbanding cahaya putih atau kuning pada tahap keterangan yang sama.

Ternyata pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar yang akan menukar warna pencahayaan kekuningan pada skrin peranti sebenarnya bukanlah pendekatan yang terbaik, ini berikutan tahap keterangan cahaya masih dikekalkan seperti biasa.

Malah kajian mendapati bahawa sel pengesan warna di dalam mata adalah lebih responsif terhadap cahaya kuning berbanding respons melanopsin terhadap cahaya biru. Ini bermaksud penggunaan penapis cahaya biru (blue light filter) pada peranti sebenarnya akan mendorong pengguna untuk lebih sukar tidur.

Menurut penemuan daripada kajian itu, pengguna dicadangkan untuk menggunakan paparan skrin kebiruan dengan tahap keterangan lebih rendah pada waktu malam, manakala pada siang hari pula pengguna digalakkan untuk menggunakan paparan skrin terang yang lebih kekuningan untuk manfaat yang lebih baik.

sumber

Baca juga:

Perlukah Anda Risau Tentang Sinaran Biru Yang Dipancarkan Dari Paparan Skrin Telefon Pintar?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend