Kadar Tol Di Jambatan Kedua Pulau Pinang Kini Diturunkan Sebanyak RM1.50 Bermula 1 Januari 2020 Comments Off on Kadar Tol Di Jambatan Kedua Pulau Pinang Kini Diturunkan Sebanyak RM1.50 Bermula 1 Januari 2020

Jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebelum ini telah dibuka kepada orang ramai sejak pada 2 Mac 2014 yang lalu. Namun begitu kutipan tol untuk melalui jambatan itu hanya berkuat kuasa bermula 1 April tahun yang sama.

Selepas memansuhkan kutipan tol untuk pengguna motosikal pada 1 Januari 2019, Ahli Lembaga Pengarah Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengumumkan penyeragaman tol sebanyak RM7 bagi kenderaan persendirian kelas 1 (kecuali teksi) di Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bermula hari ini (1 Januari 2020).

Penyeragaman kadar tol itu menyaksikan penurunan sebanyak RM1.50, berbanding RM8.50 sebelum ini. Pelancaran kadar tol baharu itu telah dibuat selaras pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Bajet 2020 pada 11 Oktober lalu.

Penurunan kutipan sebanyak RM1.50 ini dijangka mampu meningkatkan penggunaan laluan di jambatan tersebut, sekaligus mampu mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang. Malah peningkatan trafik di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah juga dijangka akan meningkat sehingga lebih 32 peratus.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend